Home » Langit Terbuka » Menteri Luar Malaysia, Jepun Bincang ‘Dasar Pandang Ke Timur’, Kemudahan Bantuan Kredit

Menteri Luar Malaysia, Jepun Bincang ‘Dasar Pandang Ke Timur’, Kemudahan Bantuan Kredit

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya daripada Jepun Taro Kono, mengadakan pertemuan pertama mereka di Wisma Putra di sini.

PUTRAJAYA – Penumpuan semula terhadap ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dan mempertimbangkan bantuan kredit mudah dibincangkan pada mesyuarat peringkat menteri Malaysia-Jepun di sini, semalam.

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya daripada Jepun Taro Kono, mengadakan pertemuan pertama mereka di Wisma Putra di sini, sebagai susulan terhadap cadangan dan keputusan dibuat semasa pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada 12 Jun di Tokyo.

Wisma Putra berkata Kono dan Saifuddin membincangkan perkara berkaitan dengan usaha memberi tumpuan semula dan memperkasakan lagi Dasar Pandang Ke Timur, yang akan memanfaatkan kedua-dua negara, terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia.

Mereka turut membincangkan perkara berkaitan usaha untuk mengoptimumkan pengunaan laluan rel dengan Jepun dan Malaysia bersetuju untuk mengkaji kaedah untuk meningkatkan keefisienan laluan rel sedia ada di Malaysia, mempertimbangkan bantuan kredit mudah serta kerjasama maritim, dengan Jepun telah membantu menerusi sumbangan dua kapal peronda dan bantuan dalam pembangunan kapasiti manusia,” katanya.

“Kedua-dua menteri gembira dengan keadaan hubungan dua hala ketika ini dan bersetuju untuk terus memperkukuhkan dan memupuk kerjasama dalam banyak bidang,” kata Wisma Putra dalam kenyataan bersempena kunjungan hormat itu. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1479497

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *