Home » Citra Yadim » Menyantuni masyarkat Orang Asli Ulu Lawin

Menyantuni masyarkat Orang Asli Ulu Lawin

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara meneruskan komitmen dalam menyantuni masyarkat Orang Asli dengan menjayakan satu program Nahnu Ma’akum di Kampung Orang Asli Ulu Lawin, Perak, baru-baru ini.

Pengarah YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, pihaknya sememangnya sentiasa berusaha mendekati masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di kawasan berkenaan terutama dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

“Kampung ini sudah seperti kampung angkat YADIM kerana kami sering berkunjung di sini dan mengadakan pelbagai program dakwah untuk membimbing masyarkat Islam di sini,’’ katanya.

Beliau berkata, biarpun lokasi perkampungan yang terletak di pedalaman dengan Bandar terdekat adalah Gerik yang terletak kira-kira dua jam perjalanan, namun kampung berkenaan sentiasa dilawati dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pada program yang diadakan pada bulan Ramadan itu, sumbangan telah disampaikan kepada 20 keluarga yang melibatkan kira-kira 120 penduduk.

Katanya, program berkenaan telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak dan selain bantuan barangan dan duit raya turut diadakan ialah majlis iftar dan solat berjemaah.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *