Home » Langit Terbuka » Mesir, Jordan, Maghribi sertai AS dalam sidang damai Timur Tengah

Mesir, Jordan, Maghribi sertai AS dalam sidang damai Timur Tengah

Bahrain menyifatkan persidangan damai yang berlangsung hujung bulan ini sebagai satu percubaan untuk "memperkasakan" rakyat Palestin. - Foto Fox News

WASHINGTON – Mesir, Jordan dan Maghribi telah memaklumkan Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka akan menghadiri satu persidangan damai Timur Tengah yang dirancang berlangsung pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai Rumah Putih yang mengesahkan perkara itu pada Selasa.

Pentadbiran Trump dijangka membentangkan bahagian ekonomi dalam pelan damai Palestin, semasa persidangan tersebut berlangsung dari 25 hingga 26 Jun di Bahrain itu.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah mengesahkan kehadiran mereka, begitu juga dengan Qatar, yang terlibat dalam persaingan serantau dengan negara jiran Teluknya sejak 2017.

Sementara itu, para pegawai Palestin telah menolak persidangan itu dan mendakwa bahawa beberapa siri tindakan yang diambil oleh Presiden Donald Trump, termasuk pengiktirafan beliau terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, telah memperlihatkan sikap berat sebelah AS yang memihak kepada Israel.

Tidak jelas apakah tahap penglibatan yang dirancang oleh Mesir, Jordan dan Maghribi dalam persidangan di Manama itu.

Bahrain bagaimanapun mempertahan penganjuran persidangan itu dan menyifatkannya sebagai satu percubaan untuk “memperkasakan” rakyat Palestin. – Anadolu

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *