Home » Citra Yadim » Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi Program SPIKEM siri ke-7

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi Program SPIKEM siri ke-7

MESYUARAT Jawatankuasa Pelaksana bagi Program Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) siri ke-7 telah diadakan pada 8 Februari di Bilik Mesyuarat Delima, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Cheras, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Marzuki Haji Ali iaitu Ketua Pusat Islam, Pengajian Am dan Pengajian Bahasa UPTM. Delegasi YADIM diketuai oleh Pegawai Pakar Bidang Khusus, Dr Masitah Esa. Turut hadir ialah Encik Zamani Mohd Karulani dan Cik Azni Mohd Zainudin
Mesyuarat kali ini membincang dan memutuskan perkara-perkara asas yang perlu dipersetujui bersama di antara YADIM dan UPTM dalam pelaksanaan SPIKEM ini nanti.
SPIKEM siri ke – 7 ini dijangka akan diadakan pada hari Rabu, 28 Februari di UPTM Cheras Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi.
Mesyuarat juga bersetuju untuk mengangkat tema IHSAN iaitu salah satu dari enam tonggak Rukun Madani sebagai topik yang akan dikupas oleh para tokoh yang akan dijemput nanti. Peserta dijangka seramai 200 orang dari kalangan siswa, pensyarah dan pegawai di UPTM.
Diharapkan agar SPIKEM ini dapat mengupas, mendalami serta menyubur nilai dan amalan ihsan di kalangan generasi muda seterusnya dijadikan budaya luhur seluruh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *