Home » Citra Yadim » Mesyuarat Semakan Pengurusan MS ISO 9001:2015 YADIM

Mesyuarat Semakan Pengurusan MS ISO 9001:2015 YADIM

PUTRAJAYA – Mesyuarat Semakan Pengurusan MS ISO 9001:2015 YADIM Tahun 2021 telah berlangsung pada 17 November di Bilik Mesyuarat As Syafie, Ibu Pejabat YADIM, Putrajaya.

Mesyuarat ini merupakan anjuran Unit Audit dan Kualiti yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pengurusan YADIM, Suhaila Sahibul Ghani, .

Ia diadakan bagi keperluan Manual Kualiti MS ISO iaitu di bawah klausa 9.3 Semakan Pengurusan yang menyatakan pihak pengurusan melaksanakan kajian semula ke atas Sistem Pengurusan Kualiti secara berkala iaitu setahun sekali. Ia juga untuk memastikan ianya terus sesuai, mencukupi dan berkesan.

Selain memastikan keberkesanan SPK YADIM, ia juga secara tidak langsung dapat memantau pelaksanaan proses kerja yang efisyen di samping menambah nilai aspek pengurusan secara berterusan dan membuat penilaian ke atas peluang-peluang penambahbaikan dan keperluan terhadap perubahan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti termasuk perubahan dasar dan objektif kualiti.

Seramai 14 orang ahli mesyuarat yang hadir secara bersemuka dengan mematuhi SOP dan juga atas talian yang terdiri daripada Pengarah Bahagian, Ketua Unit serta Duta Kawalan Kualiti YADIM.

Setiap Bahagian dan Unit disarankan untuk sama-sama bertanggungjawab dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya agar YADIM berjaya mengekalkan pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2015 di masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *