Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif di Memali

YADIM Interaktif di Memali

BALING – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Interaktif : Bicara Dakwah, Kuliah Dhuha Khas di Surau Madrasah Islahiah Diniah, Memali di sini pada 19 November.

Seramai 200 orang hadirin terdiri daripada warga madrasah dan masyarakat setempat telah hadir mendengar kuliah ilmu yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Dalam kuliah tersebut, beliau menekankan soal kepentingan menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat dan kepentingan mempertahankan institusi pendidikan Islam terutama di negeri ini.

Turut hadir dalam program ini, Mudir Madrasah Islahiah Diniah, Ustaz Haji Yusuf Che Mid, ahli jawatankuasa lembaga pengurusan madrasah dan beberapa pimpinan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *