Home » Citra Yadim » Misi bantuan banjir Sukarelawan Al Falah

Misi bantuan banjir Sukarelawan Al Falah

Agihan bantuan sedang dijalankan oleh ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah.

PEKAN 9 Jan. – Dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah telah mengadakan program khidmat masyarakat di beberapa kampung di Parlimen Pekan, Pahang pada 8 Januari lalu.

Misi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman bersama kakitangan dan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al-Falah telah menziarahi mangsa banjir dari dua kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

“Tujuan misi ini adalah bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan memberikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian serta mengadakan program pengisian ilmu secara ringkas bagi memberikan motivasi kepada mereka,’’ katanya.

 

Sebahagian besar kampung yang dilawati masih ditenggelami air.
Kawasan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir turut ditenggelami air.

 

Beliau berkata, terdapat sebanyak 122 keluarga dari dua kampung berkenaan terlibat dengan banjir dan masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan yang disediakan.

Menurutnya, sebagai sebuah badan sukarela, Sukarelawan Al- Falah sentiasa bersedia membantu anggota masyarakat yang ditimpa bencana termasuk ketika banjir.

 

Para petugas YADIM dan Sukarelawan Al-Falah terpaksa menggunakan bot untuk meninjau kawasan banjir.

“Diharapkan dengan adanya bantuan yang diadakan dan program ziarah dan dakwah ini, dapat meringankan beban mangsa banjir serta memberikan semangat kepada mereka yang mungkin tertekan akibat kerosakan harta benda dan kediaman,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah yang kini terdapat di beberapa kawasan serta institusi.

Katanya, Sukarelawan Al-Falah sebuah pasukan berorientasikan kebajikan, disiplin dan kesedaran perjuangan untuk agama Islam, bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *