Home » Citra Yadim » Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu

Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu

Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu
CAKNA Dengan bencana banjir yang kini mula melanda beberapa negeri ketika ini, YADIM bertindak proaktif melaksanakan program Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu pada 23 November.
Konvoi empat kenderaan telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin di lobi ibu pejabat badan dakwah ini.
Empat kenderaan ini kemudiannya akan disertai pula oleh sebuah kenderaan dari Pahang dan sebuah lagi yang berada di Terengganu.
Konvoi YADIM membawa sumbangan berupa lampin pakai buang, set makanan sedia dimakan mengandungi air mineral, biskut, minuman tiga dalam satu, makanan dan pakaian didermakan oleh kakitangan badan dakwah ini yang kesemuanya berjumlah RM20,000.
Ustaz Zamri ketika melepaskan konvoi berharap agar kesemua peserta agar sentiasa berjaga-jaga dan menjaga nama baik YADIM.
Katanya lagi, sumbangan dan bantuan hendaklah disampaikan kepada mangsa banjir tanpa mengira latar belakang mereka dan agar kakitangan YADIM yang bertugas dapat berkhidmat sebaiknya.
Konvoi petugas banjir YADIM ini diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Encik Abdul Qaiyum Aris dan disertai oleh lima lagi kakitangan.
Misi awal ini akan disusuli pula oleh beberapa lagi program bantuan banjir ke kawasan lain yang telah pun dirancang untuk dilaksanakan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *