Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu menyantuni masa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal

YADIM Terengganu menyantuni masa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal

YADIM Terengganu telah memulakan gerak kerja menyantuni mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan.
Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal di Kuala Nerus telah dikunjungi pada 23 November dan badan dakwah ini telah menyantuni seramai 195 mangsa daripada 57 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut.
Mereka yang berlindung di PPS ini ialah mangsa dari Taman Murni Permai, Kampung Pak Tijah, Kampung Jati, Kampung Kubang Nadal dan Kampung Tok Jembal.
YADIM Terengganu dibantu enam orang Sularelawan YADIM Banggol Donas menyumbang dan mengagihkan sebanyak 200 pek makanan sedia dimakan dan kit kebersihan diri.
Y.A.M Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah juga mencemar duli hadir ke majlis ini bersama Panglima Briged ke-8 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Dato’ Azudin Hassan.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin juga turun padang mewakili badan dakwah ini.
Program di PPS ini ialah antara inisiatif awal YADIM menyantuni mangsa banjir ketika ini. Konvoi empat kenderaan dari ibu pejabat YADIM juga sudah bertolak pada 23 November bagi Misi Bantuan Banjir ke Terengganu.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *