Home » Citra Yadim » Misi bersihkan Masjid Kampung Acheh

Misi bersihkan Masjid Kampung Acheh

PEKAN – Bertempat di Masjid Kampung Acheh di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 23 Januari telah menyertai rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO)  membersihkannya.

Antara yang terlibat ialah Geng Ustaz, Syabab Care, Abrar Care, Rahmat Care, URZ Care dan lain lain lagi.

Inisiatif ini turut disertai oleh Ikon YADIM, Ustaz Dusuki Abd Rani.

Masjid Kampung Acheh merupakan antara yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda Pahang baru baru ini.

Sementara itu, selain membantu membersihkan masjid, YADIM turut menyumbang 50 pek makanan.

YADIM juga terlibat dalam inisiatif untuk membaiki kediaman rumah mangsa banjir di sini. Untuk tujuan itu, kediaman mereka yang memerlukan telah di tinjau terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *