Home » Citra Yadim » Misi santuni mangsa banjir DUN Pengkalan Kubor

Misi santuni mangsa banjir DUN Pengkalan Kubor

PENGKALAN KUBOR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 24 Disember telah menyertai rakan rakan pertubuhan badan kerajaan (NGO) di negeri ini, menyantuni mangsa banjir yang melanda kawasan ini.

Antara NGO yang terlibat termasuklah Muslim Care, Alternatif Riding Club, Beliawanis Tumpat dan ramai lagi.

Program ini menyasarkan untuk menyantuni 2,100 keluarga yang menjadi mangsa bencana berkenaan .

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Kelantan, Yang Berhormat Haji Wan Roslan Wan Hamat.

YADIM Kelantan diwakili oleh Pengarahnya, Mahadi Awang serta kakitangan badan dakwah ini.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *