Home » Langit Terbuka » Mohamad Nordin KP Jakim baharu

Mohamad Nordin KP Jakim baharu

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim

PUTRAJAYA –  Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu yang baharu berkuat kuasa 17 Mei ini.

Tan Sri Othman Mustapha dalam kenyataan hari ini berkata, tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jakim tamat pada 16 Mei ini.

“Majlis penyampaian surat pelantikan beliau (Mohamad Nordin) sebagai Ketua Pengarah telah diadakan pada 7 Mei di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Othman berkata, Mohamad Nordin, 58, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1982 dan Sarjana Pengajian Islam Tamadun Islam, UKM pada tahun 2000.

Menurutnya lagi, Mohamad Nordin juga pernah mengikuti Leadership Programme di University Oxford, United Kingdom pada tahun 2013. – Bernama

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *