Home » Langit Terbuka » Morsi dipenjara 3 tahun hina mahkamah

Morsi dipenjara 3 tahun hina mahkamah

KAHERAH 30 Dis – Mahkamah Jenayah di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda AS$112,700 (RM457,721) ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 19 yang lain atas tuduhan menghina badan kehakiman.

Aktivis terkemuka Mesir, Alaa Abdel Fattah dan Ahli Parlimen serta pengacara televisyen, Tawfik Okasha yang berdepan tuduhan yang sama hanya didenda antara 30,000 hingga satu juta pound Mesir (RM6,856 hingga RM228,535).

Bagaimanapun, semua tertuduh masih boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Morsi presiden pertama yang dipilih secara demokrasi ketika revolusi Mesir 2011, digulingkan pada pertengahan 2013 oleh Jeneral Tentera, Abdul Fattah al Sisi yang kini Presiden Mesir, susulan bantahan terhadap pentadbirannya.

Beliau ditahan serta-merta dan ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas disabitkan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan ketika demonstrasi pada 2012 dan penjara 25 tahun kerana menjadi perisik untuk Qatar. – Reuters

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *