Home » Langit Terbuka » Jabatan Mufti bantu tentukan arah kiblat di rumah

Jabatan Mufti bantu tentukan arah kiblat di rumah

Perkhidmatan menentukan arah kiblat itu bertujuan memastikan umat Islam di Melaka menunaikan solat dengan arah kiblat yang tepat ke Baitullah di Masjidil Haram, Makkah,kata Mufti Melaka. - Foto NSTP

Alor Gajah – Lazimnya Jabatan Mufti Melaka membantu menentukan arah kiblat di masjid atau surau tetapi kali ini ia menawarkan perkhidmatan itu bagi kediaman.

Dengan caj RM100, umat Islam boleh mendapatkan perlhidmatan penandaan arah kiblat dengan tepat oleh pegawai Jabatan Mufti.

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, perkhidmatan itu bertujuan memastikan umat Islam di negeri ini menunaikan solat dengan arah kiblat yang tepat ke Baitullah di Masjidil Haram, Makkah.

Alhamdulillah, kita sediakan perkhidmatan itu tanpa sebarang bayaran demi kesejahteraan ibadat umat Islam di negeri ini.

“Sebelum ini kita hanya membantu hal itu di masjid dan surau, terutama yang baharu hendak dibina,” katanya pada sidang media selepas perasmian Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Kompleks Falak al -Khawarizmi, Tanjung Bidara, dekat sini.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Dr Raha Abdul Rahim.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *