Home » Langit Terbuka » Mufti Arab Saudi kata Iran penyembah api

Mufti Arab Saudi kata Iran penyembah api

MAKKAH, 7 Sept. – Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh menyatakan bahawa Iran bukan Islam sebaliknya berketurunan Majusi (Zoroastrianisme) iaitu istilah bagi zaman pra-Islam Iran yang dipercayai menyembah api.

“Anda harus faham mereka bukan Islam dan permusuhan mereka terhadap Islam terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah agak lama,” katanya kepada akhbar Makkah, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan berpunca daripada tindakan pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang menyifatkan keturunan diraja Arab Saudi adalah ‘syaitan kecil’ dan menggesa umat Islam menimbang semula pengurusan dua tanah Suci oleh Riyadh.

Khamenei membuat kenyataan itu Isnin lalu yang mengulas kejadian kren tumbang di Makkah yang mengorbankan ribuan jemaah haji, termasuk 464 jemaah dari Iran.

Kemarahan negara agama Syiah itu memuncak apabila rakyat mereka dilarang mengerjakan haji tahun ini selepas rundingan dua hala mengenai perkara itu menemui jalan buntu. Tahun lalu 60,000 rakyat Iran dibenar mengerjakan haji.

Sheikh Abdulaziz berkata, Khamenei dan kerajaan Iran adalah musuh Islam berketurunan Majusi.

“Anda mesti faham bahawa mereka bukan Muslim – mereka berketurunan Majusi. Permusuhan mereka terhadap Muslim telah lama, terutama terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Semua pihak yang cuba menganggu perkhidmatan disediakan Arab Saudi kepada jemaah bagi mengerjakan ibadah haji di dua masjid suci tidak akan mencapai matlamat mereka.

“Ini kerana umat Islam mempercayai apa yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dalam memberi perkhidmatan dan membangunkan dua masjid suci,” katanya. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *