Mufti Perlis mohon wujud polisi larang pekerja Muslim terbabit urusniaga arak

KANGAR – Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar dapat membuat polisi yang jelas melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak. Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana, segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan […]

Mufti Perlis menang saman fitnah RM150,000

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menang saman yang difailkannya terhadap seorang lelaki di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 28 April atas kenyataan fitnah yang dibuatnya pada 2018. Hakim Ishak Bakri mengarahkan defendan Arunakirinathan Thillainathan membayar ganti rugi RM150,000, selain kos sebanyak RM20,000 kepada Asri yang memfailkan saman fitnah itu […]

Mufti Perlis saran orang ramai solat Aidilfitri di rumah

ARAU – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun. Katanya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan, agar ianya mudah dibacakan oleh […]

Penjualan air zam zam undang salah guna

KANGAR – Penjualan air zam zam secara terbuka dibimbangi akan mengundang transaksi jual beli yang boleh mengakibatkan ruang eksploitasi ke atas agama Islam bagi tujuan perniagaan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sejak dahulu lagi penguatkuasa agama di negeri itu tidak membenarkan penjualan sebarang produk menggunakan nama Islam dijual berleluasa. Tegasnya, tindakan […]

Tajuk debat tidak boleh menjadikan pendebat ‘mangsa’

ARAU – Tindakan penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 yang mengutarakan tajuk debat menyentuh sensitiviti agama Islam dan al-Quran boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan itu juga boleh ‘memangsakan’ peserta khususnya bagi pendebat yang terpaksa memihak dan menyokong tajuk berkenaan. “Mengambil […]

Lelaki mengaku tak bersalah bakar kereta mufti Perlis

KANGAR – Peniaga kain dari Baling, Ahmad Mee hari ini (26 Julai) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu. Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Mie Tomoi, 49, didakwa melakukan perbuatan itu bersama Azimar Abdul Razak, 36, di kediaman rasmi Asri di sini […]

Mufti Perlis kecewa individu diupah simbah asid

ARAU – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan rasa kecewa dengan pihak yang sanggup mengupah individu lain untuk menyimbah asid ke mukanya hanya disebabkan perbezaan pendapat. Soal Mohd. Asri, adakah agama mengajar melakukan perbuatan seperti itu. “Jika pun berbeza pendapat, apakah agama mengajar sedemikian rupa? apakah itu ajaran yang dipegang,” katanya dalam […]

Mie Tomoi mengaku bakar kereta Mufti Perlis dan cederakan pengarah JAIPS

KANGAR – Polis mengesahkan lelaki yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mac lepas, adalah individu sama mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan pada September tahun lalu. Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Mohamad susulan soal siasat minggu lepas, lelaki itu yang dikenali sebagai […]

Suspek terakhir bakar kereta Mufti Perlis ditahan

KANGAR – Selepas lebih tiga bulan diburu, suspek terakhir kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin akhirnya ditahan polis di sebuah rumah di Merbau Pulas, Kuala Ketil, dekat Kangar, awal pagi semalam (5 Julai). Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, suspek berusia 48 tahun dikenali sebagai ‘Mee Tomoi’ […]

Suspek utama bakar kereta mufti Perlis ditahan

KANGAR – Polis Perlis berjaya menahan suspek utama yang membakar kereta rasmi mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di negeri ini, kelmarin. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata suspek yang dikenali Zaini itu disyaki bertanggungjawab membayar upah kepada seorang lagi suspek dikenali Mie Tomoi melakukan perkara tersebut. Menurutnya, pihaknya masih lagi […]