Home » Citra Yadim » Penubuhan SAR daerah daerah Kelantan

Penubuhan SAR daerah daerah Kelantan

KOTA BHARU – Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus melebarkan sayapnya di Kelantan menerusi penubuhan pasukan pasukan SAR di negeri ini.

Terbaharu pada 16 Januari, sebanyak tujuh pasukan baharu ditubuhkan di negeri ini yang bertujuan menggalakkan aktiviti komuniti, merapatkan silaturrahim dan menyebarkan rahmah kepada semua.

SAR yang telah ditubuhkan tersebut ialah untuk daerah Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Kubang Kerian, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

Menerusi penubuhan tersebut, seramai 105 orang sukarelawan telah mendaftarkan diri.

Ahli ahli sukarelawan ini telah diberikan taklimat penubuhan oleh Penolong Pengarah Skuad Khidmat Bakti Al Rahmah YADIM, Abdul Qaiyum Aris dengan dibantu oleh YADIM Kelantan yang menyelaraskan sesi taklimat.

Penubuhan SAR di Kelantan diteruskan pada 18 Januari dengan dua lagi daerah iaitu di Kuala Krai dan Gua Musang.

Secara keseluruhan, sebanyak 149 pasukan SAR disasarkan untuk ditubuhkan di seluruh Malaysia dengan sebanyak 20 pasukan di Kelantan.

Sehingga kini 48 SAR telah ditubuhkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *