Home » Langit Terbuka » Mujahid sertai acara berkabung pada solat Jumaat di Christchurch

Mujahid sertai acara berkabung pada solat Jumaat di Christchurch

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama abang salah seorang mangsa rakyat Malaysia. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mewakili kerajaan pada solat Jumaat di Hagley Park South, Christchurch, New Zealand hari ini, seminggu selepas serangan ke atas 2 masjid yang meragut 50 nyawa.

Mujahid, yang berlepas ke Christchurch semalam berkata menerusi Facebooknya, bahawa beliau bertemu wakil kerajaan New Zealand dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo, serta beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan New Zealand yang memberi perhatian dan pertolongan kepada mangsa yang terlibat.

Rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, merupakan salah seorang daripada 50 mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut. Bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42, serta 2 lagi rakyat Malaysia, Muhammad Nazril Hisham Omar and Rahimi Ahmad, cedera dalam insiden tersebut.

Mujahid berkata, masyarakat perlu belajar daripada insiden tersebut.

“Hari ini, ramai wanita New Zealand memakai skaf sebagai tanda solidariti dengan umat Islam dan keluarga mangsa,” katanya.

Laungan azan juga bersiaran secara langsung buat pertama kali menerusi media di New Zealand, hari ini.

Beliau turut berkesempatan menziarahi tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas iaitu saudara Mohd. Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *