Home » Aspirasi » Gangster terkenal Australia kongsi pendedahan kisah hitam sebelum peluk Islam

Gangster terkenal Australia kongsi pendedahan kisah hitam sebelum peluk Islam

Vince Focarelli yang dilahirkan di Itali dan dibesarkan di Australia adalah bekas ketua gangster dan sangat dihormati di kalangan ahli kumpulan kerana mempunyai pengaruh yang besar.

Namun apa yang pelik di dalam kehidupan Vince, beliau tidak pernah mengetahui akan Islam.

Bahkan perkataan Islam itu tidak pernah didengari apatah lagi ingin mengetahui Islam itu sebagai sebuah agama.

Ini kerana Vince dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian (katolik).

Dan hidayah itu mula timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahlinya yang majoritinya berbangsa Arab dan beragama Islam.

Perbincangan mengenai Nabi Isa A.S (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan perihal Nabi Isa A.S mengikut kaca mata Islam, Vince kemudiannya mengaitkannya dengan kefahaman agama sedia adanya pada ketika itu.

Perbincangan yang semakin mendalam membuatkan Vince merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai agama yang sedang dianutinya.

Antara persoalan yang timbul adalah bagaimana tuhan itu boleh disalib sedangkan dia tuhan? Bagaimana tuhan itu boleh diusung dan diarak dalam keadaan yang amat menyedihkan? Dimanakah kekuasaan tuhan sehingga boleh diperlakukan sedemikian rupa?

Persoalan ini sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan kalimah syahadah.

Pada awalnya meskipun Vince memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya.

Boleh dikatakan pada waktu itu, Vince hanyalah seorang muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.

Vince tidak terlepas dalam beberapa siri pergaduhan dan cubaan untuk membunuh dirinya sehingga anaknya terkorban dan Vince sendiri dipenjarakan kerana terlibat kes tembak.

Di dalam penjara, merubah segalanya apabila Vince melutut dan berdoa kepada Allah dan mula membaca al-Quran hinggalah berjaya mengkhatamkannya meskipun tidak mengetahui maksud al-Quran tersebut.

Sebaik sahaja selesai khatam, Vince dibebaskan dan perkara pertama yang dilakukannya adalah pergi ke masjid dan solat.

Bermula di sinilah kehidupan Vince berubah dan memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya.

Beliau kembali ke nagara asalnya di Itali dan meneruskan dakwahnya mengenali Islam.

Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular pada satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak bagaimana Islam mampu merubah kehidupan seseorang itu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *