TYDP YADIM lancar SAR Perlis esok

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), bakal melancarkan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Peringkat Negeri Perlis, esok (23 Mac 2019) di sini. Pelancaran itu dijadualkan disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin di Hotel Seri Malaysia di sini. Hadir sama nanti ialah Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM, En Shahrizal […]

Negara Islam perlu usaha setanding negara maju

ISLAMABAD – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain. “Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara […]

Gangster terkenal Australia kongsi pendedahan kisah hitam sebelum peluk Islam

Vince Focarelli yang dilahirkan di Itali dan dibesarkan di Australia adalah bekas ketua gangster dan sangat dihormati di kalangan ahli kumpulan kerana mempunyai pengaruh yang besar. Namun apa yang pelik di dalam kehidupan Vince, beliau tidak pernah mengetahui akan Islam. Bahkan perkataan Islam itu tidak pernah didengari apatah lagi ingin mengetahui Islam itu sebagai sebuah […]

Mujahid sertai acara berkabung pada solat Jumaat di Christchurch

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mewakili kerajaan pada solat Jumaat di Hagley Park South, Christchurch, New Zealand hari ini, seminggu selepas serangan ke atas 2 masjid yang meragut 50 nyawa. Mujahid, yang berlepas ke Christchurch semalam berkata menerusi Facebooknya, bahawa beliau bertemu wakil kerajaan New Zealand dan Pesuruhjaya Tinggi […]

Agong zahir keprihatinan fenomena cuaca panas

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keprihatinan baginda terhadap fenomena cuaca panas yang melanda negara. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah bertitah agar seluruh rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca panas ini. “Seri Paduka Baginda bertitah agar semua rakyat […]

Pemandu lori mengaku tak bersalah hina Islam, Melayu di Facebook

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan memuat naik mesej menghina orang Melayu dan Islam di Facebook, 2 bulan lalu. Karitikesoo Valu, 43, dari Bandar Kinrara, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Januari lalu dengan menggunakan akaun Facebook bernama “Suresh Don Don”. Dia didakwa di bawah Seksyen 233 […]

Ribuan hadir Solat Jumaat, bertafakur seluruh New Zealand

CHRISTCHURCH – Ribuan jemaah berhimpun di bandar ini hari ini, bagi menunaikan solat Jumaat seminggu selepas insiden tembakan rambang oleh pelampau kulit putih yang membunuh 50 jemaah di dua masjid di Christchurch. New Zealand turut menyiarkan laungan azan dan bertafakur sejenak, serentak selama dua minit di seluruh negara. Tatkala azan disiarkan secara langsung di seluruh […]

Wanita New Zealand berhijab hari ini

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini. Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony atas inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand iaitu Thaya Ashman. Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan […]

MAQAM pilih 12 hakim tilawah al-Quran kebangsaan

SEREMBAN – Pemilihan barisan 12 hakim bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M dibuat melalui Majlis Al-Quran Malaysia (MAQAM) yang terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, majlis itu yang bersifat jawatankuasa dianggotai oleh 10 orang yang pakar dalam bidang al-Quran, dipengerusikan oleh […]