Home » Citra Yadim » Musa’adah 3.0 : 133 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan

Musa’adah 3.0 : 133 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan

HULU TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu meneruskan misi bantuan Musa’adah 3.0 pada 30 Jun di perkampungan Orang Asli  Sungai Berua di sini dengan kerjasama  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu.

Inisiatif ini juga mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Hulu Terengganu.

Antara objektif program ini salah satunya ialah sebagai tanda prihatin YADIM dan YaPEIM terhadap kesulitan masyarakat Orang Asli lebih-lebih lagi ketika masih lagi  berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sebanyak 133 pek makanan keperluan asas disalurkan oleh YADIM dan YaPEIM untuk diagihkan kepada setiap ketua isi rumah masyarakat Orang Asli Sungai Berua disini dan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dibenarkan.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Arifin Ismail bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Sungai Berua.

Hadir mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Terengganu,YBhg Ustaz Nasrul Hadi Saidin. Turut hadir sama Pengarah YaPEIM Terengganu, Kartina Ahmad.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *