Home » Citra Yadim » Musaadah 3.0 YADIM Kedah di Kampung Hujung Keton dan Kampung Lincan

Musaadah 3.0 YADIM Kedah di Kampung Hujung Keton dan Kampung Lincan

PENDANG – Golongan yang memerlukan akibat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Hujung Keton dan Kampung Lincan di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 29 Julai.

Seramai 20 keluarga warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan lain lain yang memerlukan disantuni dalam program ini.

Mereka menerima barangan keperluan harian dan lampin pakai buang yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ke program dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang ini ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang,  Abd Ghani Sudin, Pegawai Perpaduan Daerah Pendang, Mohd Zulkarny Salleh, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Pendang, Mohd Hisyam Shamsuddin dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga  Kampung Hujung Keton, Haji Nordin Ismail.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *