Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Kuching

Musa’adah Covid-19 di Kuching

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 19 Mac telah menyampaikan sumbangan tujuh set barangan keperluan harian untuk tujuh keluarga yang terkesan dengan Covid-19 di bandaraya ini.

Kesemua mereka dikehendaki menjalani kuarantin ekoran penularan Cocid-19. Sumbangan disampaikan di tiga buah keluarga di Kampung Rampangi, dua buah keluarga di Kampung Semerah Padi dan dua buah keluarga di Flat Projek Perumahan Rakyat Matang Batu Lima di sini.

Penolong Pengarah YADIM Sarawak,  Zamri Bali dan Ramzi Razak bersama sukarelawan YADIM terlibat mengedarkan sumbangan berkenaan.

Penyerahan ini adalah sebahagian daripada 600 kotak makanan yang di sasarkan kepada 10 kumpulan terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, petugas barisan hadapan dan lain-lain lagi di Bahagian Kuching, Samarahan, dan Serian.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *