Home » Citra Yadim » Kunjung hormat YADIM Pahang ke PERKIM, MRA, MACMA dan MKIMP Pahang

Kunjung hormat YADIM Pahang ke PERKIM, MRA, MACMA dan MKIMP Pahang

KUANTAN – Sebagai usaha membina hubungan strategik yang kukuh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 19 November telah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan hadir sendiri ke perjumpaan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Majlis Kebajikan India Muslim Pahang (MKIMP), Malaysia Relief Agency (MRA) dan Persatuan Insaf Pahang (PIP) yang diadakan di pejabat PERKIM Pahang di sini.

Mewakili rakan rakan NGO berkenaan ialah Setiausaha Kehormat PERKIM Pahang, Mahdi Deraman yang juga merupakan Pengerusi MRA Pahang. Turut bersama ialah Pengerusi MACMA Pahang, Dato’ Ahmad Izzuddin Chong Abdullah, Penasihat MKIMP Mohamad Nainar Shaik Dawood dan Penasihat PIP Dr Muhammad Ibrahim.

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok berkata, turut dibincangkan ialah penyelarasan gerak kerja dakwah mengikut kluster dan inisiatif bersama di bawah sektratariat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Pahang.

YADIM Pahang yang baharu ditubuhkan secara rasmi, giat bergerak memperkasa usaha dakwah dan amat mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama dengan semua pihak.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *