Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak sasar 550 penerima

Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak sasar 550 penerima

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak mensasarkan 550 penerima bakal menerima manfaat program Musa’adah Covid-19: YADIM Peduli yang bermula sejak 20 April lalu.

Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, mereka terdiri daripada saudara kita, ahli Tabligh yang positif Covid-19, ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) dan pelajar institusi pengajian tinggi serta masyarakat awam yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak berkenaan.

“Pengagihan pek-pek makanan adalah antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh YADIM Sarawak dalam program ini.

“Seramai 30 keluarga telah menerima sumbangan setakat ini di sekitar bandar raya ini yang terdiri daripada mangsa kebakaran dan bekas pesakit Covid- 19 dalam kalangan ahli Tabligh di Semariang, serta pekerja pembersihan dan Orang Kelainan Upaya di Jalan Astana dan Matang.

“Sumbangan juga akan kita agihkan kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) yang dipantau pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas menyampaikan sumbangan air mineral sebanyak 50 kotak kepada pihak Hospital Umum Sarawak di sini pada 22 April.

Hadir sama adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Norhashimah Hashim mewakili Hospital Umum Sarawak bagi menerima sumbangan berkenaan.

Sehingga 22 April, 78 set sumbangan berbentuk pek makanan telah diedarkan kepada golongan yang memerlukan dalam program YADIM Peduli : Musa’adah Covid 19 YADIM Sarawak.

Ia merupakan saranan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang mahu semua agensi di bawah beliau menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan serta golongan di seluruh negara yang terjejas dengan Covid-19 dalam tempoh PKP.

Sementara itu, YADIM Sarawak juga menyenaraikan petugas barisan hadapan yang melibatkan kakitangan Jabatan Kesihatan, anggota polis dan tentera untuk diberikan sumbangan sebagai sokongan kepada mereka yang bertungkus lumus di dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

“YADIM juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Islam di seluruh Sarawak memastikan sumbangan ini sampai kepada kumpulan disasarkan,” ujar Awang Dulhadi.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *