Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0: 40 keluarga di Sik terima sumbangan YADIM Kedah

Bulan Dakwah 2.0: 40 keluarga di Sik terima sumbangan YADIM Kedah

SIK – Sempena Bulan Dakwah 2.0 yang baru dilancarkan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli-Musaadah Covid-19 di sekitar daerah ini.

Dengan kerjasama Pusat Komuniti Kawasan Sik, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Kampung Bendang Man dan AJK Surau Caruk Puyuh,
40 keluarga yang memerlukan dari 10 kampung disantuni pada 9 Oktober.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Bendang Man, Kampung Caruk Sik, Kampung Radek,  Kampung Jelutong, Kampung Cerok Puyuh, Kampung Tanjung Belit, Kampung Caruk Tok Pong, Kampung Belimbing dan Kampung Cepur.

Penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik, mereka yang diberhentikan kerja, terputus bekalan makanan dan lain-lain.

Penyampaian diadakan di Surau Kampung Bendang Man sebelum diteruskan di Surau Caruk Puyuh. Sebanyak 25 keluarga menerima kit makanan di kedua lokasi ini.

Pihak urusetia kemudiannya menziarahi 15 asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kediaman masing masing seterusnya menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Mewakili YADIM ialah penyelaras program Ustaz Haji Azmi Mohammad.

Majlis ini turut dihadiri
wakil Komuniti kawasan Sik, Dato Mohd Tajuddin Abdullah, Setiausaha Pusat Komuniti Daerah Sik, Nasri Kamis dan Setiausaha Kerja Pusat Komuniti Daerah Sik, Mohd Ali Ahmad.

Wakil komuniti, penduduk kampung dan AJK surau mengucapkan syukur serta berterima kasih atas keprihatinan YADIM meringankan beban penduduk di kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *