Home » Citra Yadim » Musa’adah RSY B40 di Kedah

Musa’adah RSY B40 di Kedah

BUKIT BESAR – Negeri Kedah merupakan lokasi terkini program
Musa’adah RSY B40.

Seramai 15 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) dari kalangan B40 disantuni dalam program pada 18 Julai itu.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ahli RSY di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Antara kawasan yang terlibat adalah Bukit Besar, Guar Chempedak, Banggol Sawa, Pokok Tai dan Sungai Petani. Kesemua yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Wakil dari Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang hadir dan menyampaikan sendiri sumbangan ke rumah rumah ahli RSY ialah Penolong Pengarahnya Mohd Mirzan Abdul Majid, Nazia Aqilah, Anis Razani dan Nurul Ashikin Zakaria.

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *