Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM Kelantan di Tawang dan Selising

Musaádah YADIM Kelantan di Tawang dan Selising

Bachok – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan meneruskan inisiatif menyantuni rakyat di negeri ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, Bachok dan DUN Selising, Pasir Puteh pada 4 Julai.
.
Program yang bermula pada jam 10 pagi itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang.

Sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh ADUN Tawang, Dato Haji Hassan Bin Mohamood. Turut hadir Pengarah YADIM Negeri Kelantan , Ustaz Haji Mahadi Bin Awang.

Selesai program di sini, rombongan Yadim Negeri Kelantan bertolak ke Selising, Pasir Puteh bagi menyantuni asnaf di kawasan tersebut.

Seramai 13 asnaf menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi. Hadir sama ialah Ketua Sukarelawan YADIM Jajahan Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya Said dan Penyelaras Media Pejabat ADUN Selising, Ilham Pak Muda.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *