Home » Langit Terbuka » Myanmar guna ‘senjata diplomatik’ halang isu Rohingya dibawa ke PBB

Myanmar guna ‘senjata diplomatik’ halang isu Rohingya dibawa ke PBB

YANGON, 7 Sept. – Myanmar menggunakan kad diplomatik sebagai senjata untuk mengelakkan tindakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran krisis yang melanda etnik minoriti Islam Rohingya di wilayah barat Rakhine.

Myanmar berkata, negara itu sedang berunding dengan China dan Rusia untuk memastikan mereka dapat menyekat sebarang tindakan mahupun kecaman daripada Majlis Keselamatan PBB berhubung penghapusan hampir 150,000 Rohingya ke Bangladesh dalam tempoh kurang dari dua minggu.

Penasihat Keselamatan Myanmar, Thaung Tun berkata, rundingan dengan China dan Rusia (kedua-duanya anggota tetap Majlis Keselamatan), diadakan untuk menghalang resolusi PBB mengenai krisis itu.

“Kita sedang berunding dengan beberapa negara yang mesra (Myanmar) untuk tidak membawa krisis itu ke Majlis Keselamatan.

“China adalah rakan kami dan kami mempunyai hubungan baik, sama seperti Rusia, jadi tidak mungkin isu berkenaan akan dibawa (Majlis Keselamatan),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangannya terhadap keganasan ke atas Rohingya yang disifatkan boleh membawa kepada bencana kemanusiaan.

Beliau turut memberi amaran bahawa terdapat risiko penghapusan etnik di Myanmar boleh menjejaskan kestabilan di rantau itu.- Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *