Home » Langit Terbuka » Nafi kubur di Singapura dipindahkan ke Johor

Nafi kubur di Singapura dipindahkan ke Johor

JOHOR BAHRU 31 Julai – Kerajaan negeri menafikan kubur-kubur orang Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan dipindahkan ke Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran Pangkalan Udara Tengah di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara berkenaan tidak timbul sama sekali malah kerajaan negeri juga tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

“Bila pula nak pindah? Siapa cakap? Saya tak dengar apa-apa. Mana boleh alih (memindahkan kubur), kita dua negara lain. Kalau ada pun permohonan, saya tak fikir kita benarkan sebab kita pun nak uruskan orang Islam yang meninggal dalam negara kita.

“Pasal apa pula dalam soal ini Singapura mahu menghantar kuburnya ke sini, bila mana boleh. Saya (kata) tak boleh dan (perkara ini) tidak timbul langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Konvokesyen Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) Kali Ke-17 di Dewan besar Pusat Pengajian Islam Iskandar, di sini semalam.

Pada 19 Julai lalu, media tempatan republik berkenaan melaporkan 45,500 jirat Cina dan 35,000 kubur Islam di Choa Chu Kang akan digali sebagai sebahagian rancangan meluaskan pangkalan tentera udara negara itu.

Laporan sama menyatakan, kerajaan republik berkenaan akan memperoleh empat tanah swasta termasuk dua ladang menternak ikan dan tapak semaian.

Kawasan terjejas seluas 106 hektar itu akan menjadi peluasan pangkalan tentera udara tersebut yang menampung pemindahan Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) selepas tahun 2030.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled secara sinis berkata: “Dulu orang kata Johor ini halaman belakang Singapura, takkan kita nak jadi halaman kubur untuk Singapura.” ujarnya.- www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *