Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara

PUTRAJAYA 1 Ogos – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan menganjurkan Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara bertemakan  Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat pada 5 dan 6 Ogos ini bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya. Konvensyen ini dijadualkan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang turut akan […]

Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR MalaYSIA

PUTRAJAYA 1 Ogos – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR Malaysia 2018 pada 4 Ogos ini bertempat di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Putrajaya. Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, program itu adalah anjuran bersama Kumpulan Kerja […]

YADIM Sarawak bantu penduduk Kampung Penan

KUCHING 1 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak bersama badan bukan kerajaan ( NGO) Islam telah mengadakan Program Bantuan Perubatan dan Majlis Ramah Mesra Raya pada 29 dan 30 Julai lalu bertempat di Kampung Penan Muslim, Bintulu. Pengurus Eksekutif YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program ini telah melibatkan banyak pihak […]

Fatwa sepatutnya mengikat

KUALA LUMPUR 31 Julai – Fatwa yang diwartakan di peringkat negeri adalah undang-undang Islam yang sah dan sewajarnya menjadi rujukan dan panduan dalam membuat penghukuman yang melibatkan kepentingan Islam termasuk da­lam soal nasab kanak-kanak. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, perkara ter­sebut adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri […]

Nafi kubur di Singapura dipindahkan ke Johor

JOHOR BAHRU 31 Julai – Kerajaan negeri menafikan kubur-kubur orang Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan dipindahkan ke Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran Pangkalan Udara Tengah di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara berkenaan tidak timbul sama sekali malah kerajaan negeri juga tidak tahu menahu mengenai perkara […]

OIC adakan mesyuarat tergempar di Istanbul bincang isu Baitulmaqdis

RIYADH, 31 Julai – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar di Istanbul, Turki pada Selasa bagi membincangkan isu Israel-Palestin di Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua. Menteri-Menteri Luar OIC akan membincangkan isu serta langkah bagi menyokong umat Islam di Baitulmaqdis dalam usaha memelihara identiti dan kesucian Islam termasuk di Masjid Al Aqsa, memetik […]

Malaysia komited pertahan dua kota suci umat Islam

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Malaysia komited untuk mempertahankan kota suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah daripada sebarang bentuk ancaman atau pun serangan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia komited untuk bersama-sama Arab Saudi melindungi dua kota suci itu. “Keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi apabila ada kaitan dengan dua kota […]