Home » Citra Yadim » Naim Saadon Juara Perdana Pentas Akhir DMY

Naim Saadon Juara Perdana Pentas Akhir DMY

PUTRAJAYA – Daie Muda Muhammad Naim Saadon dinobatkan sebagai Juara Perdana dalam Pentas Akhir Daie Muda YADIM (DMY) yang diadakan di Dewan Cempaka Sari di sini pada 3 Oktober.

Beliau turut merangkul anugerah Murabbi Muda YADIM dalam program tersebut yang disiarkan secara langsung di TV AlHijrah.

Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM23,000 trofi dan sijil penghargaan.Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan.

Pemenang bagi anugerah lain ialah Puteri Balqis Alias (Tekno Daie YADIM), dan Hifdzi Zaim Zamri (Daie Antarabangsa YADIM).

Dua lagi pemenang ialah Nur Hamizah Salleh (Muslimah Muda YADIM) dan Am Iskandar Masnan (Bestari Muda YADIM).

Mereka membawa pulang wang tunai RM3,000 dan elaun latihan RM10,000.

Nasrudin ketika ditemui pemberita berkata, beliau berharap pentas akhir ini akan memberi motivasi dan inspirasi kepada para Daie Muda YADIM untuk terus melaksanakan kerja kerja dakwah.

“Jalan dakwah bukanlah hamparan permaidani merah, justeru kita beri pendedahan seperti ini (kursus DMY) agar mereka lebih bersedia,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada TV AlHijrah kerana kerjasama sebagai penyiar rasmi program.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *