Home » Citra Yadim » Umat Islam perlu tunjukkan contoh terbaik

Umat Islam perlu tunjukkan contoh terbaik

Sebahagian peserta yang hadir dalam Konvensyen Antarabangsa di Dewan Muktamar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pendakwah dari Amerika Syarikat, Al-Sheikh Dr. Muhammad Yahya al-Ninowy meminta umat Islam di Malaysia supaya sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagaimana ajaran Islam dan sunnah Rasulullah kerana cara itu sahaja yang paling berkesan dalam dakwah.

Dr. Muhammad berkata, dalam konteks dakwah, setiap kejahatan itu tidak boleh dibalas dengan kejahatan.

“Justeru, biarpun kadangkala orang Islam dilayan dengan tidak baik tidak seharusnya kita membalas dengan perbuatan yang sama, malahan apabila kita membalasnya dengan memberikan contoh yang baik akan memberikan kesan yang jauh lebih baik,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Antarabangsa bersempena dengan program Grand Mawlid dan Haul Syakh Abdul Qadir al-Jailani dan bertujuan untuk memupuk perpaduan dan keamanan kepada masyarakat Islam di negara ini.

 

Program ini adalah hasil kolaborasi di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Yayasan Amanah Al-Wariseen (YAAW) dan Pusat Pengajian Ba’lawi dan diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program ini menampilkan penceramah terkenal antarabangsa iaitu Sheikh Dr. Muhammad Yahya al-Ninowy, Habib Zainal Abidin al-Hamid dan Sheikh Al-Sayyid Afeeefuddin Al-Jailani.

Dalam konvensyen ini, ceramah-ceramah disampaikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris dengan menyentuh aspek-aspek seperti mencintai Rasulullah, peranan dan sumbangan para habib dalam perkembangan Islam di Nusantara serta pelbagai aspek yang lain.

Dr. Muhammad berkata, dalam aspek perpaduan contohnya, umat Islam tidak boleh sesekali pudar kasih sayang sesama sendiri kerana ajaran agama amat menekankan aspek berkenaan.

“Perpaduan yang erat sesama Islam ini akan menjadi contoh terbaik bagi memperlihatkan ajaran sebenar Islam dan ia amat berkait rapat dengan amalan-amalan mulia yang lain seperti tolong menolong, sifat pemurah dan sebagainya,’’ katanya.

Beliau juga meminta umat Islam di Malaysia supaya sentiasa menunjukkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah dengan menjelmakan perbuatan-perbuatan yang baik dengan ikhlas sebagaimana ajaran agama.

Katanya, rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah itu tidak hanya bermain di bibir tetapi perlu dimanefestasikan melalui perbuatan.

“Tidak salah menyayani sesama manusia tetapi perlulah ia dilakukan kerana Allah kerana sayangkan Allah itu adalah yang paling utama,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *