Home » Langit Terbuka » Nasi bukan penyebab diabetes, kegemukan

Nasi bukan penyebab diabetes, kegemukan

Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional berkata, nasi sering disalah anggap mengakibatkan orang ramai takut untuk menjadikannya sebagai hidangan

KUALA LUMPUR – Masyarakat negara ini tidak harus bimbang untuk mengambil nasi sebagai makanan harian kerana ia bukan penyebab kepada penyakit diabetes dan kegemukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional Bhd.(Bernas), Ismail Mohamad Yusof berkata, makanan ruji rakyat Malaysia itu sering disalah anggap mengakibatkan orang ramai takut untuk menjadikan nasi sebagai hidangan.

Sedangkan, katanya, makanan berasaskan beras adalah baik untuk kesihatan dan harus dijadikan sebagai hidangan utama.

“Setiap seorang rakyat Malaysia secara purata mengambil kira-kira 88 kilogram beras setahun sekali gus menunjukkan bahawa nasi merupakan makanan utama di negara ini dan hidangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat.

“Namun sejak kebekalangan ini nasi sering disalah tafsir sebagai penyebab masalah kesihatan. Oleh itu, tujuan penganjuran Hari Beras Sedunia ini adalah untuk menyebarkan mesej positif bahawa beras baik untuk kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Hari Beras Sedunia di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *