Home » Langit Terbuka » Negara dijangka hadapi cuaca panas, kurang hujan hingga akhir September

Negara dijangka hadapi cuaca panas, kurang hujan hingga akhir September

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri di Semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata sepanjang Ogos hingga September, berikutan cuaca panas.

Negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu disebabkan negara sedang mengalami fasa musim Monsun Barat Daya yang antara lain turut menyebabkan suhu menjadi lebih panas daripada kebiasaan.

“Cuaca panas yang melanda di kebanyakan kawasan negara dijangka berlarutan sehingga hujung minggu ini, namun siri cuaca panas masih boleh berlaku sehingga monsun itu berakhir pada hujung September ini.

“Kesemua negeri dijangka kembali menerima hujan pada paras purata mulai September kecuali Sarawak,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Menurut jabatan itu lagi, taburan hujan yang lebih rendah secara relatif sepanjang monsun itu boleh mengakibatkan kemarau, jerebu dan kejadian kebakaran hutan.

Sepanjang tempoh itu, julat suhu maksimum tertinggi bagi kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka berada antara 34 hingga 37 darjah Celcius, katanya. – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *