Home » Citra Yadim » Nik Omar rasmi penutup memanah King’s Cup

Nik Omar rasmi penutup memanah King’s Cup

PASIR PUTEH – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 30 November telah merasmikan acara penutup kejohanan memanah Terbuka Kelantan King’s Cup di sini.

Pertandingan selama dua hari bermula 29 November melibatkan penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh negara ini, adalah julung kali diadakan di sini.

Ia dianjurkan dengan kerjasama badan bukan kerajaan The Third Force, Yayasan Raja Shamri, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Syarikat DSC Global Sdn Bhd dan banyak lagi.

Pertandingan ini turut menarik penyertaan Juara Kejohanan Thailand 13th Princess Cup Archery Tournament 2019 di Bangkok, Thailand, Nor Hisyam Ismail.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu tradisional, recurve, compound dan barebow.

Antara yang turut hadir ke majlis penutup ialah pengasas Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Mohamad Nazlan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim.

Dalam ucapannya Nik Omar berkata, memanah mempunyai sejarah yang panjang dalam Islam. Tambah beliau, terdapat banyak kisah hebat pasukan memanah dalam sejarah Islam.

Namun jelas beliau, hari ini penyertaan dalam sukan memanah bukanlah untuk tujuan peperangan seperti zaman dahulu.

“Hari ini jika kita lihat, sukan memanah mengajar kita untuk fokus kepada sasaran. Itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, fokus dalam ibadah, fokus dalam pekerjaan.

“Mereka yang bersukan, juga mempunyai tubuh badan yang sihat, menjaga kesihatan sememangnya dituntut Islam,” kata beliau.

Sementara itu, Raja Shamri dalam ucapan aluannya berkata, beliau berhasrat untuk mengadakan pertandingan yang sama lagi tahun hadapan, tetapi pada peringkat dan skala yang lebih besar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *