Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Rasulullah bersama YDP YADIM di Pasir Mas

Bicara Dakwah Rasulullah bersama YDP YADIM di Pasir Mas

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 November telah mengadakan program Bicara Dakwah Rasulullah di sini dengan pelbagai pengisian bagi menyantuni segenap lapisan masyarakat.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz juga terlibat dalam program bermula jam 4 petang hingga 10 malam ini.

Ia mendapat kerjasama Pertubuhan Komuniti Prihatin Rantau Panjang, Hospital Daerah Pasir Mas dan Ahli Jawatankuasa Masjid Mahmudi, Lubok Jong.

Walaupun cuaca buruk dengan hujan tanpa henti hingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, namun program tetap diteruskan untuk membantu golongan sasaran.

Selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 40 keluarga di Masjid Mahmudi, YADIM juga bersama dengan kakitangan Hospital Pasir Mas menziarahi asnaf yang uzur dan membantu mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap 10 buah keluarga.

Selaras dengan komitmen badan ini yang mahu menunjukkan bahawa Islam itu membawa rahmah untuk semua, pemeriksaan kesihatan juga dilaksanakan terhadap keluarga bukan Muslim di Wat Uttamaram (pusat ibadah Budha) di Kampung Teresek di sini.

Pada sebelah malam pula, Nik Omar telah menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Mahmudi.

Selain Nik Omar, hadir sama ke program program di sini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim dan Pengerusi Skuad Peduli Parlimen Rantau Panjang,Dr Shah Jahan Mat Din.

Program YADIM di Pasir Mas diteruskan pada 30 November dengan pelbagai pengisian bertemu rakyat seperti penyampaian sumbangan dan bertemu masyarakat.

Nik Omar pada sebelah petang pula dijadualkan merasmikan penutup kejohanan memanah King’s Cup di Kampung Raja di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *