Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah Menyatu Ummah

Ziarah Rahmah Menyatu Ummah

INANAM – Bertempat di Kampung Dambai di sini, satu majlis ziarah rahmah telah diadakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 November dengan tujuan beramah mesra dengan komuniti di kawasan tersebut dan menyebarkan rahmah.

Delegasi YADIM diketuai oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud, kakitangan YADIM negeri selain wakil Hidayah Centre, Zul Azri.

Menyambut ketibaan mereka ialah Ketua Kampung Dambai, Jolumbi Malubi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Dambai, Thomas Jatim.

Majlis dimulakan dengan aluan ringkas daripada Zolkharnain yang mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang sudi menerima kunjungan pihaknya.

Dalam ucapannya beliau berkata, jarak Kampung Dambai yang jauh tidak memisahkan mereka dengan umat Islam lain kerana mereka sememangnya bersaudara.

Tambahnya, Islam agama yang membawa kedamaian dan persaudaraan pada sebilang masa dan sekiranya ada umatnya yang memusuhi golongan bukan Islam, ia bermakna individu berkenaan yang tidak mengikut ajaran Islam.

Beliau juga menjelaskan Rahmatan Lil Alamin membawa keamanan walaupun dalam kepelbagaian.

Sebanyak 30 buah rumah telah disantuni dalam program ini, termasuk lima keluarga yang bukan Muslim.

Majlis selama tiga jam bermula jam 2.30  petang itu turut diselitkan dengan persembahan nasyid oleh kanak kanak Kampung Dambai dan penyampaian cenderahati.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *