Home » Langit Terbuka » Norway cadang haramkan laungan azan di Oslo

Norway cadang haramkan laungan azan di Oslo

Salah sebuah masjid yang terdapat di ibu kota negara Scandinavia itu, Oslo. 

OSLO, Norway – Seorang ahli politik Norway menyatakan bahawa beliau tidak peduli tentang hak asasi manusia dan mahu laungan azam di negara itu diharamkan.

Jon Helgheim yang merupakan jurucakap imigresen untuk Parti Kemajuan, salah sebuah parti dalam kerajaan campuran Norway berkata, penduduk Norway memerlukan suasana ‘tenang dan se­nyap’.

Beliau turut menolak hujah bahawa larangan laungan azan adalah bertentangan dengan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

“Saya tidak peduli apa yang dikatakan dalam undang-undang hak asasi tentang ini,” katanya kepada akhbar tempatan, Vart Land baru-baru ini.

Desakan serupa sebelum ini termasuk oleh pemimpin Parti Kemajuan sendiri, Carl Hagen dihalang Kementerian Keadilan berdasarkan konvensyen hak asasi tersebut.

Dalam pada itu, cawangan parti itu di daerah Buskerud, barat Oslo akan mengundi usul larangan laungan azan dalam satu mesyuarat pada hujung minggu ini.

Mesyuarat itu bermatlamat untuk memutuskan sama ada usul pengharaman tersebut akan dijadikan polisi rasmi Parti Progresif. – Agensi

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *