Home » Langit Terbuka » NS batal sambutan Maulidur Rasul

NS batal sambutan Maulidur Rasul

Perarakan ketika sambutan Maulidur Rasul tahun lalu. - Foto FB

SEREMBAN – Aktiviti dan majlis peringkat negeri termasuk sambutan Maulidur Rasul 1442H di negeri ini, dibatalkan susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata semua mesyuarat dan perhimpunan kerajaan negeri membabitkan kehadiran orang ramai dibatal atau ditangguhkan mulai Isnin ini.

Katanya, penganjuran majlis perkahwinan perlu diberikan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

“SOP bagi majlis perkahwinan wajib dipatuhi dan jadual untuk tetamu hadir ke majlis itu perlu diwujudkan. Jika boleh, masa majlis perkahwinan dipanjangkan agar tetamu tidak tertumpu pada satu-satu masa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas COVID-19 di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, SOP berkaitan solat Jumaat perlu dipatuhi, manakala setiap jemaah amat digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ketika berada di masjid atau surau.

Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau diminta mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing bagi menghentikan penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, kakitangan atau pekerja mempunyai kontak rapat positif COVID-19 disaran melakukan kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah (BDR) di bawah bidang kuasa majikan atau ketua jabatan masing-masing yang boleh menetapkan tempoh bersesuaian.

“Pekerja dan majikan dinasihatkan merujuk surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sektor awam dan laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor swasta,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *