Home » Citra Yadim » Ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli

Ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli

KOMUNITI Orang Asli di Selangor tidak dilupakan sepanjang Ramadan ini.
YADIM Selangor pada 22 Mac telah melaksanakan program ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli Kampung Kachau Luar, Semenyih.
Penolong Pengarah YADIM Selangor, Encik Muhamad Hafizuddin Mohd Daud bersama pelajar Latihan Industri YADIM Selangor, saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, telah hadir ke kampung berkenaan dan disambut mesra oleh Tok Batin Kampung Kachau Luar, Encik Zainal Kilong dan pelopor dakwah di sana Haji Muhammad Sharif Pono, yang mesra disapa sebagai Bapak Syarif.
Hadir sama ialah Pembantu Hal Ehwal Islam JAKIM, Ustaz Fauzi Daud selaku penggerak masyarakat Orang Asli dan Ketua Biro Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Al-Isyraq Nusantara, Encik Azhari Shahari.
Komuniti Muslim di sini dibimbing oleh Ustaz Fauzi sejak 10 tahun lepas. Beliau mengadakan kelas Fardhu Ain dan pengajian Al Quran kepada komuniti Muslim di sini tiga kali seminggu iaitu setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Dalam pada itu, YADIM juga bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Isyraq Nusantara mengadakan kelas Fardhu Ain tiga kali seminggu sepanjang Ramadan di kampung ini.
YADIM Selangor sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi melancarkan lagi dakwah kepada komuniti Orang Asli seluruh negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *