Home » Langit Terbuka » Operasi pasar malam di Terengganu dihentikan 15 minit untuk Maghrib

Operasi pasar malam di Terengganu dihentikan 15 minit untuk Maghrib

Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu berkata, cadangan itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri apabila medan selera atau pasar malam tersebut mempunyai kemudahan tertentu seperti surau, tandas dan tempat wuduk

KUALA NERUS – Operasi medan selera dan pasar malam di Terengganu akan dihentikan 15 minit semasa solat Maghrib secara berperingkat mulai tahun depan, kata seorang exco negeri.

Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini A Rahman berkata cadangan itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri apabila medan selera atau pasar malam tersebut mempunyai kemudahan tertentu seperti surau, tandas dan tempat mengambil wuduk.

“Ini memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melengkapkan kemudahan itu di lokasi tersebut.

“Setakat ini, medan selera di Jerteh dekat Besut telahpun melaksanakan kempen itu bermula 15 Syawal lalu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018.

Mohd Nurkhuzaini berkata, melalui kempen yang melibatkan 17 peniaga di medan selera Jerteh itu, mereka menutup kedai 15 minit sebelum azan Maghrib dan kembali beroperasi selepas menunaikan solat 10 minit kemudian.

“Peniaga hanya perlu menutup kedai mereka selama 15 minit sahaja dan maklum balas daripada peniaga medan selera itu adalah positif dan pelanggan juga memahami dan menghormati waktu solat tersebut,” katanya.

Mohd Nurkhuzaini mengakui pada mulanya, ada bantahan daripada peniaga memandangkan tempoh itu adalah antara waktu puncak, namun akur perniagaan yang berkat adalah yang patuh syariah dan mengutamakan kewajipan diperintahkan Allah.

“Kita juga akan ada satu mesyuarat bersama penjaja kecil dalam masa terdekat yang antara lainnya membincangkan mengenai kempen ini agar mereka juga melaksanakannya di tempat masing-masing,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *