Home » Citra Yadim » Orang Asli mangsa banjir terima sumbangan SAY Kuala Langat

Orang Asli mangsa banjir terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Komuniti Orang Asli di sini, juga ditimpa musibah banjir pada hujung tahun lalu yang turut menjejaskan kehidupan mereka.

Sebagai sebuah badan yang cakna dengan situasi semasa, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 Januari menziarahi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Judah di sini dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian, sedikit wang tunai dan naskhah kitab Iqra’ kepada 11 keluarga mualaf.

Sumbangan disampaikan di Dewan Terbuka oOrang Asli Sungai Judah oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.

Program ini turut dihadiri oleh Tok Batin Daiman Peron, ketua masyarakat Orang Asli Sungai Judah.

Pada hari yang sama, SAY Kuala Langat juga menyantuni seorang  warga emas di Kampung Batu 7 Sijangkang. Warga emas ini mengalami kesukaran untuk bergerak, akibat sakit sakit sendi terutamanya di bahagian lutut.

Semoga sumbangan yang dihulurkan  dapat meringankan sedikit bebanan mereka.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *