Home » Langit Terbuka » Seorang jemaah meninggal di tanah suci

Seorang jemaah meninggal di tanah suci

Allahyarham Amil Abdullah. - Foto Utusan Malaysia

MEKAH – Seorang jemaah Malaysia meninggal dunia Jumaat lalu ketika berada di tanah suci Mekah akibat penyakit jangkitan kuman dalam darah.

Amil Abdullah, 62, dari Johor Bahru yang ditemani isteri, merupakan jemaah dalam penerbangan KT11 dan telah berada di Madinah selama enam hari, sebelum datang ke Mekah.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital King Faisal pada pukul 2.20 petang.

“Jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak Muassasah dan Tabung Haji yang kemudiannya dikebumikan selepas solat Suboh keesokan hari di perkuburan dekat sini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini (22 Julai).

Beliau berkata, pihak Tabung Haji juga mengadakan majlis tahlil dan badal haji secara percuma untuk arwah.

Mengenai jumlah jemaah Malaysia yang sedang menerima rawatan, Syed Saleh berkata, 37 jemaah sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Tabung Haji di Mekah dan Madinah.

“Selain itu, terdapat sembilan jemaah juga sedang mendapatkan rawatan di beberapa hospital Arab Saudi bagi mendapatkan rawatan susulan,” tambahnya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *