Home » Langit Terbuka » Peguam Negara Baharu Tidak Jejas Kedudukan Islam, Hak Melayu

Peguam Negara Baharu Tidak Jejas Kedudukan Islam, Hak Melayu

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

ALOR GAJAH – Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu di negara ini, kata Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana setiap individu yang dilantik sebagai Peguam Negara adalah terikat kepada Perlembagaan Malaysia dan bertindak atas kuasa yang ada dalam perlembagaan itu.

“Dia (Peguam Negara ) tidak boleh langgar (Perlembagaan Malaysia). Ini keprihatinan yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu, dan ini keyakinan yang kita beri kepada Raja-Raja Melayu bahawa Tommy Thomas tetap menjaga kedudukan Islam dan kepentingan Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (Malaysia).

“Yang di-Pertuan Agong (Sultan Muhammad V) tidak banyak masalah kerana baginda  hanya mahu keyakinan itu (kedudukan Islam dan hak Melayu dijaga). Baginda faham hak Perdana Menteri (mencadang Peguam Negara) tetapi berkuat kuasa setelah baginda tanda tangan (pelantikan Peguam Negara),” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Moreh Bersama Rakyat di Dataran Keris di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan kira-kira 3 ribu orang tetamu – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *