Home » Citra Yadim » Pelajar cemerlang kariah Sungai Burong disantuni

Pelajar cemerlang kariah Sungai Burong disantuni

PULAU BETONG – Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program berteraskan pendidikan dianjurkan dan kebajikan para pelajar yang menjadi Rakan Siswa YADIM dan Rakan Belia YADIM juga sentiasa diberi perhatian.

Bwgitu juga di negeri negeri. Mengambil semangat ini, YADIM Pulau Pinang pada 11 Disember lalu menyantuni 50 keluarga asnaf dan 20 pelajar terpilih yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di kawasan ini.

Program YADIM Interaktif dan YADIM Peduli di Masjid Sungai Burong di sini, dimulakan dengan sesi ceramah oleh penceramah bebas di sini, Arif Zakki.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan, Pengerusi Masjid Sungai Burong, Rosli Husain dan wakil komuniti, Abdul Rahim Sujak.

Mohd Afifi dalam ucapannya berkata, Masjid Sungai Burong akan dijadikan masjid angkat YADIM bagi kawasan Barat Daya.

Maka dengan itu, pihaknya akan menggiatkan program program pembangunan modal insan untuk kariah masjid itu.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *