Home » Citra Yadim » Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah

Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah

POKOK SENA – Program Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Oktober di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, di sini.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Yang Berhormat Haji Wan Romani Wan Salin.

Turut diadakan ialah Forum Penerangan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H.

Ahli Panel Forum terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad dan Pengerusi Yayasan Islam Kedah, Ustaz Dr. Ahmad Fakruddin Syeikh Fakrurazi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abdul Samat pula bertindak selaku moderator.

Hadir sama ke majlis ini ialah ADUN Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Para peserta program terdiri daripada wakil-wakil agensi, pegawai-pegawai kerajaan dan pimpinan masyarakat.

YADIM Negeri Kedah mensasarkan sebanyak 130 program sepanjang pelaksanaan Bulan Dakwah 2.0 di sini.

Antara yang dirancang termasuklah  Kembara Dakwah santuni Ummah, Konvoi Dakwah Anak Muda, Musaadah kepada golongan yang memerlukan, Is’ad Al Usrah, Akademi Pendakwah Muda, Dakwah lapangan,  Pertandingan Sukan, Seminar, Forum dan ceramah secara maya dan fizikal.

Kesemuanya akan melibatkan 12 daerah, 15 Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri sepanjang tiga bulan pelaksanaannya.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *