Home » Langit Terbuka » Pembabitan ‘orang agama’ dalam rasuah memalukan

Pembabitan ‘orang agama’ dalam rasuah memalukan

Yang Dipertua YADIM (kiri) ketika melancarkan Kempen Pencegahan Rasuah di Putrajaya pada 23 November. - Foto Arkib YADIM

PUTRAJAYA – Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembabitan ‘orang agama’ daripada agensi kerajaan dengan kes rasuah adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku. 

Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, beliau terkejut dengan pendedahan oleh SPRM  baru-baru ini, bahawa terdapat banyak kes rasuah membabitkan pegawai dan kakitangan agensi agama di seluruh negara.

Beliau berkata gejala rasuah tidak sepatutnya masuk dalam agensi agama, malah kalau satu peratus sekali pun, bermakna ia adalah perkara yang sangat serius dan tidak boleh diterima.

Ini kerana menurut Nasrudin, agensi kerajaan berkaitan keagamaan sepatutnya bersih daripada rasuah dan mencerminkan syiar Islam yang syumul.

“Statistik rasuah di negara kita rasa agak terkejut apabila disebut SPRM baru-baru ini mendedahkan bahawa pegawai dan kakitangan agensi agama tidak terkecuali daripada terpalit dengan kes rasuah. 

“Bukan soal jumlah rasuah diterima kecil atau besar tetapi sepatutnya agensi agama mestilah bersih daripada rasuah. Bila sebut terpalit tidak perlu disebut berapa peratusannya cukup memalukan dan mengaibkan,” katanya ketika melancarkan kempen pencegahan rasuah di peringkat Yadim, di sini, hari ini.

Berikutan itu, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab untuk menjaga, mengawal dan memastikan Yadim bebas daripada sebarang kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Beliau berkata, kerajaan harus berusaha dan mengambil tindakan berkesan bagi menangani isu rasuah sebelum ia meruntuhkan kerajaan dan menimbulkan kerosakan besar-besaran kepada negara. 

“Rasuah ini sudah tidak kenal mangsa kalau kita tidak berhati-hati, tidak boleh dipandang kecil dan sepatutnya negara kita yang majoritinya Islam, dan Perdana Menterinya Islam jadi budaya rasuah ini tidak berlaku.

“Rasuah ini berlaku bukan bertitik tolak daripada kejahatan dan kemahuan mereka, tetapi kerana tidak memahami apa perkara yang mengakibatkan mereka terpalit kepada rasuah.

“Mungkin ada sebahagian yang menganggap terima hadiah itu adalah perkara biasa, tapi sebenarnya ia tergolong daripada perkara yang boleh menyebabkan rasuah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *