Home » Citra Yadim » YADIM-JBPM jalin hubungan integrasi melalui program dakwah

YADIM-JBPM jalin hubungan integrasi melalui program dakwah

KUALA TERENGGANU – Satu Program Bicara Dakwah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu pada 22 November.

Ceramah dengan tajuk “Hikmah Faraid dan Terekoh” disampaikan oleh Perunding Harta Pusaka dan Peguam Syarie, Ustaz Wan Abdul Halim Wan Harun.

Beliau merupakan penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai kepakaran dalam bidang pengiraan faraid.

Program kerjasama antara YADIM Terengganu dan JBPM yang dilaksanakan secara hybrid, dihadiri seramai 65 orang anggota jabatan berkenaan dan hampir 60 anggota lagi secara maya.

Mereka diberi pendedahan berkenaan isu-isu pewarisan serta pembahagian harta pusaka dalam Islam seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengarah JBPM Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Tuan Hilman Abd Rashid.

Program ini secara tidak langsung telah menjalinkan hubungan strategik antara YADIM Terengganu dan JBPM Terengganu. Semoga hubungan yang terjalin sentiasa membuahkan manfaat kepada warga Terengganu Darul Iman dan warga JBPM sendiri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *