Home » Langit Terbuka » PEMIMPIN TAREKAT NAQSYABANDIAH DIPERCAYAI SUDAH PULANG KE MALAYSIA

PEMIMPIN TAREKAT NAQSYABANDIAH DIPERCAYAI SUDAH PULANG KE MALAYSIA

Arkib premis Tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di Labu, Seremban. - Foto Arkib

SEREMBAN – Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam usaha mengesan pemimpin tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang dipercayai telah pulang ke Malaysia sejak 21 Ogos lalu.

Pemimpin terbabit sebelum ini berada di Makkah bersama beberapa pengikutnya tetapi telah diarahkan pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Lapor Berita Harian, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Habib Shah Firdaus diminta tampil secepat mungkin bagi siasatan lanjut serta urusan membatalkan amalan tarekat dibawanya kerana bercanggah dengan syarak.

“Memang hasil siasatan awal Jabatan Mufti Negeri Sembilan mendapati pengamalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus bertentangan dengan hukum syarak, disebabkan itu arahan menutup pusat pengamalan tarekat berkenaan di Labu, Seremban, dikeluarkan sejak 3 Ogos lalu.

“Kita mahu beliau tampil untuk menyatakan pendiriannya sendiri, terutama berhubung kenyataan dan dakwaannya bahawa Imam Mahadi akan muncul pada Hari Arafah tahun ini,” katanya.

Setakat ini usaha menghubungi Habib Shah Firdaus masih gagal kerana nombor telefon yang digunakan tidak ada maklum balas. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *